Rss Feed
Cabaran Kewartawanan Di Malaysia

Cabaran kewartawanan Malaysia
Pengenalan
Pada masa kini, maklumat dan pengetahuan merupakan sumber penting yang akan menyumbang ke arah pembangunan sesebuah negara kerana kemajuan taraf pendidikan akan menentukan kemajuan sesebuah negara. Oleh demikian, pada era ini maklumat dan pengetahuan sangat penting. Media merupakan sumber yang penting untuk menyampaikan maklumat di negara kita, tidak kiralah media massa ataupun media cetak. Media terbahagi kepada  tiga bahagian iaitu media cetak, media elektronik dan media baru. Media disifatkan sebagai agen sosialisasi menerusi laporan dan berita yang disiarkan kepada masyarakat umum (Samsudin, 1997:1).
            Kewartawanan ialah amalan siasatan dan laporan tentang sesuatu isu, tren-tren bagi satu penonton yang ramai. Walaupun terdapat banyak variasi dalam kewartawanan, ia lebih kepada memberitahu atau memaklumkan kepada orang ramai. Selain membuat liputan tentang organisasi dan institusi seperti kerajaan dan perniagaan, wartawan juga membuat liputan tentang aspek budaya dalam masyarakat seperti seni dan hiburan. Bidang kerja kewartawanan termasuklah penyuntingan, kewartawanan foto dan dokumentari.
Wartawan ialah orang yang mengumpul, menulis dan mengedit pelbagai jenis artikel untuk satu organisasi media. “Tugas wartawan adalah selaras dengan ahli-ahli sejarah untuk mencari kebenaran, di atas semua benda dan untuk dibentangkan kepada semua pembacanya. Bukan kebenaran sebagai tataurus negara yang mahu mereka tahu, tetapi kebenaran sehampir yang boleh” (disebut dalam William1957:8) dan (Frost, Crist,(2001:4). Bidang kerja wartawan merangkumi tiga bahagian iaitu mengumpul bahan-bahan bagi memenuhi keperluan pelbagai bentuk penulisan kewartawanan, mampu menulis cerita selepas mengumpulkan semua maklumat yang relevan dan mampu menyunting semua jenis tulisan-tulisan kewartawanan termasuk berita, rencana, analisis dalaman dan komentor.
Kewartawanan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kewartawanan cetak, kewartawanan elektronik dan kewartawanan media baru. Kewartawanan cetak meliputi penulisan suratkhabar, buku, majalah, brosur dan sebagainya manakala kewartawanan elektronik meliputi kewartawanan televisyen dan radio. Kewartawanan media baru pula meliputi telefon bimbit komputer dan internet yang seringkali dirujuk sebagai media baru. Contohnya seperti email, laman web, berita dalam talian, blog dan sebagainya.
Sungguhpun terdapat pelbagai media pada masa kini, wartawan mempunyai pelbagai cabaran dalam menyampaikan maklumat. Antara cabaran yang bakal diterima oleh para wartawan ialah kredibiliti, kebebasan media, undang-undang, teknologi baru dan sebagainya. Namun begitu, kredibiliti media kini menjadi topik hangat apabila masyarakat memperkatakan bahawa kredibiliti media kini sudah diragui. Schweiger (2000:154) menegaskan bahawa kredibiliti menjadi satu faktor penentu yang penting dalam pemilihan isi kandungan yang terdapat dalam media. Media yang berkredibiliti pasti akan menyajikan kandungan berita yang berkualiti. Malahan kredibiliti juga mempengaruhi kejayaan pemberitaan dan nilai komersil sesebuah media.

Kredibiliti media

Secara umumnya, kredibiliti didefinisikan sebagai kualiti sumber informasi yang menyebabkan apa yang diucapkan dipercayai melebihi sebarang bukti perbahasan (West 1994:154). Kredibiliti terbahagi kepada dua iaitu kredibiliti sumber dan kredibiliti media atau saluran. Kredibiliti sumber melibatkan kajian mengenai ciri komunikator yang berlainan yang boleh mempengaruhi pemprosesan mesej di kalangan penerima. Manakala kajian kredibiliti media atau saluran pula memfokus kepada saluran yang menghantar kandungan tersebut berbanding penghantar kandungan tersebut.

Kredibiliti sumber dan sesebuah media atau saluran sangat penting kerana tahap kebolehpercayaan pembaca bergantung kepada apa yang disampaikan oleh sesebuah organisasi berita. Kredibiliti media juga akan membuatkan jatuh atau bangunnya sesebuah organisasi media. Sebagai contoh akhbar Utusan Melayu pernah diboikot oleh pembaca kerana tidak menyampaikan maklumat berita dengan betul. Ini adalah salah satu cabaran wartawan dan organisasi media dalam menyampaikan maklumat kepada umum. Mereka haruslah berhati-hati dalam menyampaikan maklumat. Malah kajian kredibiliti akhbar menunjukkan dua pertiga daripada publik percaya surat khabar lebih cenderung untuk memihak kepada sesuatu pihak apabila berkaitan dalam hal-hal sosial dan isu politik (Miyamoto's Public Relations Resource, 1996:3).

Banyak isu mengenai kredibiliti media cetak, media elektronik dan media baru yang diperkatakan oleh masyarakat pada masa ini. Berita yang dipaparkan oleh organisasi media perlulah betul dan tidak memihak kepada mana-mana pihak tertentu. Berdasarkan pemahaman secara tradisi, kredibiliti berita dikonsepsualisasikan sebagai berita yang boleh dipercayai, tepat, diyakini, tidak bias dan lengkap (Flanagin dan Metzger, 2000:3). Sesuatu berita yang ditulis mestilah boleh dipercayai, tepat, adil dan tidak bias kepada pihak-pihak yang tertentu.

Menurut kajian ke atas berita oleh Howard & Martha (2000:15) mendapati tiga perkara utama yang menjadi fokus pembaca tentang kredibiliti iaitu ketepatan maklumat, maklumat yang lengkap dan ketelusan berita tersebut. Oleh itu, wartawan mestilah telus dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca kerana pembaca hari ini telah membuka minda mereka untuk mencari inisiatif lain dalam mendapatkan sesuatu berita. Pembaca kini tidak lagi percaya seratus peratus kepada pembacaan satu media sahaja. Mereka akan mencari beberapa sumber lain sehingga kebolehpercayaan berita itu dikenalpasti.

Pada masa ini, media baru seperti internet telah muncul dan mengatasi media-media tradisional. Sejak berlakunya perkembangan teknologi komunikasi digital, pelbagai fenomena seperti fitnah, laporan palsu, berita yang negatif, pergaduhan di laman-laman sosial dan sebagainya telah berlaku. Seperti yang dinyatakan oleh oleh Johnson dan Kaye (1998:154), ciri asas internet yakni berkeupayaan untuk membuat capaian bebas bagi memperolehi dan menyebarkan maklumat tanpa sebarang saringan boleh membantu kredibiliti terhadapnya sebagai sumber maklumat.

Sebagaimana kita tahu, penulis di dalam sesuatu blog atau berita dalam talian tidak boleh dianggap sebagai kewartawanan sebenar. Blog contohnya, sesiapapun boleh memiliki blog dan boleh menulis mengikut pendapat masing-masing tanpa ada sekatan oleh mana-mana pihak seperti suratkhabar. Namun, Berita yang terdapat di  ruangan blog tidak kita ketahui kesahihan sumber yang didapati olehnya. Hal ini  demikian kerana berita dalam internet tidak seperti media cetak atau elektronik yang lain, internet kekurangan dari segi editorial dan gatekeeping. Penulis hanya menulis mengikut perasaannya tanpa ada tapisan daripada pihak editorial. Pendedahan kehidupan peribadi seseorang yang kerap dipaparkan dalam internet dan kebimbangan tentang ketepatan maklumat juga menjadikan kredibiliti media baru ini sering dipersoalkan.
      
       Isu keadilan dan kredibiliti media mula hangat diperkatakan apabila tercetusnya isu politik tentang penyingkiran timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak 2 September 1998. Pelbagai reaksi dan pihak media masing-masing kerap mengeluarkan isu ini, dan kebanyakan pihak media berpihak pada kerajaan semata-mata dan bersikap berat sebelah. Ini menimbulkan keraguan tentang kredibiliti media bagi pihak masyarakat. Malah menurut Rustam A. Sani, "I have never accused the Malaysian Government of exercising stark media censorship. But through a complex network of corporate control of media companies by political parties and through manipulative selection of editorial executives, the media has been subjected not so much to direct control but more to self and subtle censorship. During times of normal political calm, the control and manipulation of the media for the most part is hardly discernible!" (Harakah, 1999:5).

       Ini menunjukkan ada sesetengah media yang bersikap berat sebelah apabila menyentuh tentang isu Anwar Ibrahim. Akibat daripada isu penyingkiran Dato' Seri Anwar Ibrahim, berbagai tekanan dan tuduhan dilemparkan ke atas media khususnya akhbar-akhbar utama negara. Hal ini telah menunjukkan bahawa pembaca pada masa kini telah mula membuat penilaian berdasarkan berita yang ditulis. Mereka tidak lagi mempercayai seratus peratus berita yang terbitkan oleh media kerajaan semata-mata dan mereka juga telah membaca media pro pembangkang supaya dapat mengetahui sesuatu isu dengan lebih jelas dan terperinci.

Gaziano dan McGrath (1986:156) telah mengenal pasti 12 dimensi kredibiliti berita akhbar dan televisyen iaitu amanah (trustworthiness), semasa (currency), tidak berat sebelah (unbiased), adil (fairness), lengkap (completeness), objektif (objectivity), jujur (honesty), upto-date (terkini), believability (percaya/yakin), seimbang (balance), ketepatan (accuracy) dan tepat pada masa (timeliness). Dalam menyampaikan maklumat, pihak media haruslah telus dan mempunyai 12 dimensi kredibiliti ini supaya kecemerlangan sesebuah organisasi media dapat bertahan. Mereka haruslah mempunyai etika dalam menyampaikan maklumat. Etika bermaksud falsafah moral (moral philosophy). Ianya merupakan satu displin bersangkutan dengan nilai moral baik atau jahat, betul atau salah.
Istilah ini digunakan untuk pelbagai sistem ataupun teori dalam prinsip ataupun nilai moral itu sendiri. Istilah etika dan moral berkait rapat dari segi pengertian dan pemahaman seseorang.  Oleh itu mereka haruslah memenuhi etika dan garis panduan kewartawanan Kesatuan Kewartawanan Kebangsaan(NUJ) yang meliputi lapan garis panduan yang harus diikuti. Antara garis panduannya ialah laporan berita berdasarkan kebenaran, Mempertahankan  kebebasan mencari dan mencetak secara jujur, laporan berdasarkan fakta dan sumber yang jelas dan sah, cara jujur mendapatkan berita, gambar dan dokumen, sanggup menyiarkan kembali kenyataan benar jika berlaku kesilapan, mempertahankan hak sumber jika enggan mendedahkan diri, elak daripada laporan berbentuk  tiruan, fitnah, tohmahan, tuduhan tidak berasas, dan menyembunyikan  sesuatu untuk kepentingan diri dan akhir sekali tidak tunduk kepada sebarang tekanan, paksaan atau ancaman.

            Para wartawan dan media haruslah memenuhi etika ini supaya tidak diancam untuk mendapat saman daripada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan berita yang dikeluarkan. Oleh sebab itu, sesuatu berita perlu disunting terlebih dahulu oleh editor supaya kes saman-menyaman tidak berlaku. Jika hal ini berlaku, imej dan reputasi sesebuah organisasi itu akan tercemar dan merosot. Tahap kebolehpercayaan sesebuah organisasi media juga akan menurun. Para pembaca atau penonton mungkin akan bertukar kepada sesuatu akhbar atau stesen televisyen yang lain. Contohnya yang berlaku pada akhbar Utusan Melayu dimana akhbar ini telah mengedit gambar payung yang berlambang dacing dan telah menghapuskan lambang itu. Kesalahan  ini dapat dikesan apabila semua akhbar lain telah memaparkan gambar tersebut melalui blog Tranung Kite. Dalam blog ini juga turut memaparkan perbezaan antara gambar yang dipaparkan di dalam akhbar Utusan Malaysia, The Star, Berita Harian dan Harian Metro.  Berita ini telah dikeluarkan pada 9 November 2009 bersamaan dengan hari Isnin. Berita ini yang bertajuk “warga emas dibunuh suami kerana minta cerai” dimana warga emas ini telah meminta cerai dari suaminya dan telah menyebabkan suaminya berang lalu menikam mangsa dengan sebilah pisau. Disebabkan berita yang telah dikeluarkan ini, tahap kredibiliti akhbar ini telah dipersoalkan. Akhbar ini dilihat tidak memenuhi etika kewartawanan di mana berita yang dipaparkan tidak betul dan bias serta berpihak kepada sebelah pihak sahaja. Para pembaca telah mempersoalkan ketepatan berita yang telah dikeluarkan oleh akhbar ini dan menyebabkan pembaca beralih kepada akhbar lain. Hal ini telah menyebabkan penjualan akhbar ini semakin merosot dan tahap kepercayaan mereka semakin menurun.

Kredibiliti terhadap media ditafsirkan dengan pelbagai perspektif menurut pandangan pengkaji terlibat. Antara dimensi yang dikaji termasuklah cara penyampaian sesuatu berita, berita yang dilaporkan tidak ditokok tambah, ketepatan berita, berita tidak bersifat bias dan sebagainya (Beaudoin, Christopher, Thorson, Esther,2002:13). Media memainkan peranan penting dalam membangunkan minda dan intelek di kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana maklumat yang disampaikan adalah satu ilmu yang sangat berguna. Namun begitu, masyarakat hari ini semakin bijak menilai kesahihan berita yang dipaparkan melalui media seperti akhbar, radio, televisyen, dan internet.

Menurut James Watt, Junho Choi dan Michael Lyneh (2003;14) kredibiliti berlandaskan kepada lima dimensi iaitu kredibiliti berita (believabiliti), ketepatan berita (accuracy), ketelusan berita (trustworthiness), bias dan berita yang lengkap (completeness). Para wartawan perlulah mengikut dimensi yang diberikan supaya tidak lari daripada prinsip kewartawanan. Kredibiliti berita haruslah dititikberatkan supaya pembaca terus yakin dengan maklumat yang dipaparkan. Berita juga haruslah telus dalam menyampaikan maklumat kerana pembaca kini memilih untuk mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber bukan sahaja melalui akhbar dan televisyen tetapi melalui internet. Ketepatan berita adalah paling penting kerana jika sesuatu berita itu tidak tepat, para wartawan akan diancam oleh saman fitnah. Hal ini akan merugikan para wartawan dan juga organisasi media. Wartawan tersebut mungkin akan digantung kerja. Selain itu, berita mestilah lengkap dan tidak bias terhadap mana-mana pihak. Seperti contoh yang telah diberikan di atas, berita itu tidak lengkap dan bias terhadap sesuatu pihak sahaja. Kita dapat melihat penurunan penjualan akhbar itu selepas berita tersebut disiarkan.

Kebolehpercayaan

Bagi menghasilkan sesuatu berita yang baik, tahap kebolehpercayaan berita adalah penting kerana pembaca sekarang semakin bijak menilai sesuatu berita yang dipaparkan. Andaian asas kajian-kajian kebolehpercayaan media ialah kebolehpercayaan sesuatu media atau saluran akan mempengaruhi kesan terhadap mesej atau maklumat yang ingin disampaikan (Lee, 1978: 11).

Manakala Infante (1980:156) pula mengemukakan tiga dimensi untuk mengukur kredibiliti sumber iaitu kebolehpercayaan, kepakaran dan kedinamikan. Kebolehpercayaan merujuk kepada jujur atau tidak jujur, boleh dipercayai atau tidak boleh dipercayai, dan ikhlas atau tidak ikhlas. Organisasi media haruslah jujur dalam menerbitkan sesuatu berita. Contohnya seperti berita yang diterbitkan oleh Newmond Tibin pada 06/09/2001 yang bertajuk “Kiulu nikmati limpahan merdeka”. Berita yang dipaparkan ini adalah tidak jujur kerana gambar yang diletakkan di dalam berita tersebut bukanlah pembangunan yang terdapat di pekan Kiulu, Sabah. Kenyataan ini disangkal melalui blog PASPB yang dikeluarkan pada 7 September 2011. Melalui blog ini gambar itu  sebenarnya diambil di Jalan Gaya, Kota Kinabalu.  Hal ini menunjukkan akhbar Utusan Melayu tidak benar dalam menyampaikan maklumat. Mereka tidak ikhlas menyampaikan maklumat kerana memberi maklumat palsu kepada pembaca. Selain itu,  institusi-institusi antarabangsa seperti World Press Freedom Committee dan juga institusi-institusi domestik juga menerbitkan laporan yang menyatakan media massa di Malaysia bersifat bias, tidak telus dan dikongkong (Walden, 2001:12). Tahap kredibiliti kandungan berita akhbar juga dinilai berdasarkan kepercayaan pembaca akhbar terhadap wartawan dan syarikat akhbar tersebut (Folkerts & Stephen, 2001:17). Oleh itu, berita yang dilaporkan mestilah tidak bersifat bias atau prejudis dengan membuat pelbagai andaian atau spekulasi.
           
Menurut Seaton (1998/99:17), khalayak membuat penilaian terhadap kredibiliti berita melalui dua elemen utama iaitu fakta atau konteks berita dan berita yang bersifat neutral yakni tidak bias. Selain itu pengamal media seharusnya menerangkan polisi dan perundangan untuk meningkatkan tahap kredibiliti khalayak terhadap media (Mc Farlin,1998:17).
           
Persepsi khalayak

Sundar (1999: 156) pula mengemukakan empat kriteria persepsi khalayak terhadap kandungan berita iaitu kredibiliti, kesukaan (liking), kualiti dan representasi. Dimensi kredibiliti Sundar terdiri daripada berat sebelah (biased), adil (fair) dan objektif; kesukaan (liking) mengandungi ukuran bosan (boring), enjoyable, menarik, lively, pleasing; kualiti terdiri daripada tepat, boleh dipercayai, jelas, koheren, komprehensif, ringkas dan padat. Representasi pula terdiri daripada disturbing, penting, relevan, tepat pada masa, informatif dan sensasi. Skala kredibiliti Sundar ini boleh digunakan untuk mengukur persepsi khalayak terhadap berita akhbar cetak dan online. Beliau mendapati persamaan yang ketara antara struktur persepsi khalayak terhadap akhbar cetak dan online. Akibat persamaan ini, Sundar berpendapat bahawa skala yang sama boleh diguna pakai untuk mengkaji kredibiliti media lain.
           
Persepsi masyarakat terhadap media amatlah penting. Oleh itu pihak wartawan dan organisasi media haruslah mengikut empat kriteria yang dikemukakan oleh Sundar yang terdiri daripada kredibiliti, kesukaan, kualiti dan representasi untuk mendapatkan persepsi yang baik oleh pembaca atau penonton. Oleh itu sesuatu berita yang akan diterbitkan perlu dielakkan daripada berlakunya banyak kesilapan fakta, ejaan dan tatabahasa. Semakin banyak kesalahan yang berlaku akan menggugat kepercayaan khalayak.

Menurut kajian yang dijalankan oleh American Society and Newspaper Editors (ASNE,1998) mengkaji pandangan dua kelompok manusia iaitu masyarakat/pembaca akhbar dan wartawan yakni individu yang terlibat secara langsung dalam pelaporan berita. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kumpulan fokus yang mengetengahkan pendapat kumpulan yang secara jelas melabelkan pengamal media melakukan kesilapan demi kesilapan dalam melaporkan berita. Contohnya seperti dalam berita TV3 dimana salah seorang pembaca beritanya iaitu Nur Jamalina Jamali atau lebih dikenali sebagaii Jay telah salah menyebut nama Perdana Menteri dalam Buletin Utama. Beliau telah menyebut nama Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri iaitu bukan Dato Seri Najib Tun Razak yang telah mengadakan lawatan ke Johannesburg. Walaupun hanya kesalahan kecil dan ralat telah dikeluarkan, namun begitu, isu ini telah diperbesarkan melalui medium blog dan juga witter. Insiden tersasul itu dikatakan berlaku memandangkan beliau sebelum itu telah berkali-kali menyebut nama Anwar pada laporan-laporan berita berhubung keputusan kes liwat Ketua Pembangkang itu yang akan diketahui keesokan harinya. Akhbar Sinar Harian telah mengeluarkan artikel berkenaan permohonan maaf pembaca berita itu. Dalam kenyataan itu beliau telah memohon maaf dan menyatakan bahawa perkara itu tidak disengajakan. Beliau juga telah membuat permohonan maaf melalui twitter. Namun begitu kredibilitinya sebagai pembaca berita sedikit tergugat kerana kesalahannya mendapat perhatian orang ramai. Beliau juga adalah calon bagi dua kategori iaitu Ulasan Berita Radio Terbaik dan Penyampai Berita  Radio Terbaik pada tahun 2010. Hal ini menunjukkan kredibilitinya sebagai penyampai berita telah tergugat.
           
Menurut ASNE terdapat tiga puluh lima peratus khalayak membuat kesilapan ejaan dan tatabahasa lebih daripada sekali dalam  tempoh masa seminggu manakala dua puluh satu peratus  khalayak membuat kesalahan fakta, ejaan dan tatabahasa yang berlaku hampir setiap hari. Bahagian bilik berita mencari penyebab kesilapan yang dilakukan, antaranya termasuklah para wartawan kesuntukan masa untuk menghantar tugasan berdasarkan masa yang ditetapkan, wartawan juga dibebani tugasan yang banyak dan organisasi media mempunyai bilangan pekerja yang tidak mencukupi. Oleh itu para wartawan terkejar-kejar untuk mendapatkan berita. Selain itu, wartawan juga kurang memberi tumpuan terhadap berita, kecuaian, dan terdapat juga wartawan yang masih kurang pengalaman dan mempunyai pengetahuan yang rendah. Perbandingan antara akhbar dan televisyen mendapati akhbar memberikan keterangan yang lebih terperinci dalam melaporkan berita terkini berbanding televisyen. Akhbar juga mempunyai tahap ketetapan berita yang tinggi dan lebih cepat membuat pembetulan di atas kesilapan yang dilakukan (ASNE,1999:18)

 Analisis
 Kewartawanan adalah satu bidang yang mulia dimana ia menyebarkan maklumat kepada khalayak. Perbuatan ini adalah bagus kerana dengan maklumat yang diberikan, khalayak dapat memanfaatkannya. Oleh demikian, para wartawan dan organisasi media haruslah jujur dalam menyampaikan maklumat kepada khalayak. Mereka haruslah mengikuti etika dan garis panduan kewartawanan Kesatuan Kewartawanan Kebangsaan (NUJ) yang telah ditetapkan  meliputi lapan garis panduan yang harus diikuti. Antara garis panduannya ialah laporan berita berdasarkan kebenaran, Mempertahankan  kebebasan mencari dan mencetak secara jujur, laporan berdasarkan fakta dan sumber yang jelas dan sah, cara jujur mendapatkan berita, gambar dan dokumen, sanggup menyiarkan kembali kenyataan benar jika berlaku kesilapan, mempertahankan hak sumber jika mereka enggan mendedahkan diri, elak daripada laporan berbentuk  tiruan, fitnah, tohmahan, tuduhan tidak berasas, dan menyembunyikan  sesuatu untuk kepentingan diri dan akhir sekali tidak tunduk kepada sebarang tekanan, paksaan atau ancaman.

            Etika dan garis panduan ini digubal bertujuan untuk melahirkan para pengamal media yang beretika dan tidak bertuhankan wang semata-mata. Mereka juga ada garis panduan yang harus diikuti dan jika mereka melanggar peraturan tersebut tindakan segera akan dikenakan. Garis panduan ini juga harus diikuti untuk mengelakkan mereka daripada dikenakan saman atau sebagainya. Terdapat pelbagai cabaran yang harus dipikul oleh pengamal media contohnya seperti tahap kredibiliti, kebolehpercayaan, persepsi dan sebagai. Cabaran-cabaran inilah yang menyekat para pengamal media daripada terus untuk menyampaikan maklumat kepada semua.

            Para wartawan dan pengamal media haruslah telus dan jujur dalam menyampaikan maklumat. Bagi pengamal media yang beragama Islam, mereka haruslah membuat sesuatu kerja dengan benar dan kerana Allah SWT. Pengamal kewartawanan Islam harus menyedari teori kewartawanan dan pendekatan mencari dan menyebarkan berita telah disimpulkan dalam salah satu ayat Quran.
      Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian menjadi orang yang benar- benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu sendiri. Jika ia (orang yang dianiaya) kaya ataupun miskin maka Allah lebih tahu keperluan kedua- duanya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang daripada kebenaran dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala yang kamu kerjakan. (Surah al-Nisa’ : 135)
      ” …. janganlah kamu menyamarkan kebenaran dengan kebatilan serta kamu sembunyikan kebenaran walhal kamu tahu (hakikat sebenarnya)” (Surah al-Baqarah: 42)
Oleh itu apa jua yang ingin ditulis oleh para wartawan haruslah berpaksi kepada pegangan Islam. Kita haruslah berpegang teguh supaya mendapat keberkatan dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Contohnya seperti jika para wartawan menulis mengikut etika dan garis panduan Islam, mereka akan dapat mengelakkan diri daripada dikenakan saman oleh individu atau organisasi. Para wartawan tidak dapat lari daripada pelbagai cabaran dalam dunia kewartawanan abad ini. Oleh itu, mereka haruslah meningkatkan kredibiliti mereka  dari semasa ke semasa sebagai pengamal media supaya tahap kebolehpercayaan dan persepsi khalayak terhadap mereka semakin tinggi . Khalayak kini mementingkan kebolehpercayaan sumber dan persepsi mereka terhadap sesuatu  organisasi media. Justeru, organisasi media haruslah betul dalam menyampaikan maklumat supaya khalayak akan setia terhadap organisasi mereka.

 Kesimpulan
            Kredibiliti media adalah satu bentuk cabaran wartawan pada hari ini. Hal ini demikian kerana khalayak pada masa kini telah celik dalam mendapatkan maklumat. Mereka tidak lagi bergantung kepada satu-satu sumber sahaja. Mereka telah mempelbagaikan sumber untuk mendapatkan maklumat yang benar dan betul-betul sahih, contohnya seperti akhbar, televisyen, radio, dan pelbagai bentuk media baru yang semakin mendapat perhatian khalayak.
Khalayak semakin prihatin terhadap sumber maklumat dan berharap agar sumber berita yang disiarkan boleh dipercayai dan mempunyai kredibiliti. Sesuatu berita haruslah tepat, padat, dan ringkas.  Namun begitu banyak cabaran yang harus diterima oleh pengamal media bukan hanya cabaran dalam melakukan pekerjaan tetapi dalam menghadapi karenah khalayak

Kredibiliti seseorang pengamal media sering dipertikaikan oleh khalayak jika pemberitaan yang dikeluarkan oleh mereka tidak dapat memuaskan hati khalayak. Mereka haruslah mamatuhi kod etika dan garis panduan yang telah ditetapkan. Oleh itu, tahap kebolehpercayaan dan persepsi khalayak terhadap mereka sentiasa tinggi. Khalayak memainkan peranan yang penting dalam memajukan sesebuah organisasi media. Mereka haruslah meningkatkan prestasi masing-masing dari semasa ke semasa supaya kredibiliti mereka sebagai pengamal media di Malaysia semakin meningkat. 


Rujukan

1)Normah Mustaffa, Faridah Ibrahim, Mus Chairil Samani & Mohd. Helmi Abd.   Rahim, (2010) persepsi khalayak terhadap kredibiliti media di   Malaysia, Volume 5, Number 2,153   160, diambil pada tarikh 1      Mac2012 dari            :http://www.scribd.com/doc/53248858/Persepsi-Khalayak         Terhadap-Kredibiliti Media-Di Malaysia


2)Wan Maharuddin bin Hj. Wan Sulaiman, (1999). Kredibiliti Akhbar        Tempatan:Satu            Analisis Mengenai Isu Politik Semasa, diambil pada        tarikh 10 Mac  2012   dari:            http://psasir.upm.edu.my/9887/1/FBMK_1999_13_A.pdf


3)Mohd Khairie Ahmad, Mohd Baharudin Hadza@Othman, Suhaini Muda, Mohd           Hafidz Hussien, (2005) Kredibiliti Berita Akhbar, Televisyen, Radio dan      Berita Dalam Talian,   diambil pada tarikh 10 mac 2012 dari: 

Majlis Media: Semak integriti, piawaian kewartawanan

PEKAN KIULU JADI BONEKA PROPAGANDA BN?

KANTOI!!!Rakyat Sabah pasti termuntah baca penipuan Utusan

Utusan Meloya: Mencari Gambar tersembunyi


contoh-contoh berita

Gara RM 200 Pemuda Nekad Bakar Rumah Pusaka
 ALOR SETAR 11 April – Seorang pemuda nekad membakar rumah pusaka peninggalan arwah ayahnya di Kampung Alor Madi apabila ibunya tidak memberi RM 200 seperti yang diminta. Kejadian ini berlaku kira-kira pukul 12.15 pagi dan memusnahkan hampir seluruh rumah.
            Abangnya Mohd Noor Mahmud,33,  memberitahu kejadian ini bermula pada petang kejadian  kira-kira pukul 6 petang apabila ibunya enggan memberi wang seperti yang diminta sehingga menimbulkan kemarahannya.
            “Kami mencurigai perangainya kerana dia pernah mengugut untuk membakar rumah kira-kira 2 bulan yang lalu dan kami tidak menyangka dia sanggup melakukannya,” katanya.
            Menurutnya lagi, adiknya itu membawa parang dan rundingan telah dibuat tetapi menemui jalan buntu. Beliau akhirnya membuat laporan polis kira-kira jam 9 malam.
             Sebelum kejadian, adiknya dikatakan naik keatas bumbung sambil membawa parang dan menyuruh mereka masuk kedalam.
            “Saya memecahkan pintu rumah dan terhidu bau gas menyebabkan saya keluar dari rumah sebelum adiknya nekad membakar rumah.
            “Kami hanya tinggal sehelai sepinggang dan nasib baiklah semua dokumen dapat diselamatkan kerana saya telah membawa keluarnya beberapa hari sebelu kejadian terjadi,” katanya.
            Adiknya dikatakan seorang yang pendiam dan suka memendamkan perasaan. Tambahnya lagi, beliau merasakan adiknya mengalami tekanan perasaan.
            “Sebelum ini dia pernah membakar semua pakaian kerjanya dan menimbulkan kerisauan keluarga sehingga menyebabkan kami menangguhkan majlis pertunangannya.
            “Tindakannya sangat melampau dan saya tidak menyangka dia sanggup membakar rumah ini yang akan menjadi hak miliknya juga kerana kami semua sudah mempunyai rumah masing-masing,” tambah Mohd Noor lagi.
            Pemuda itu belum ditemui lagi sejurus beliau melarikan diri semalam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian masih di dalam siasatan polis. 
           
           
           

Jenis Kewartawanan dan Cabaran: Universiti Utara Malaysiaاونيۏرسيتي اوتارا مليسياM...

Jenis Kewartawanan dan Cabaran: Universiti Utara Malaysiaاونيۏرسيتي اوتارا مليسياM...: Universiti Utara Malaysia اونيۏرسيتي اوتارا مليسيا Moto : Ilmu Budi Bakti Ditubuhkan  pada : 1984 Jenis: Awam Canselor : Sultan Ab...


Definisi Kewartawanan

Kewartawanan bermaksud usaha mengumpul bahan, menulis, menyunting dan menerbitkan bahan-bahan tersebut dalam akhbar, majalah, televisyen atau radio.

Wartawan ialah orang yang bertugas dalam bidang kewartawanan, sama ada kewartawanan akhbar, majalah, televisyen atau radio.

Terdapat dua jenis kewartawanan, iaitu kewartawanan cetak dan kewartawanan elektronik. Kewartawanan cetak merangkumi media akhbar, majalah dan buku, manakala kewartawanan elektronik ialah merangkumi TV dan radio.

Kewartawanan cetak bermaksud pengumpulan bahan, menulis dan menerbitkannya dalam media cetak seperti akhbar atau majalah manakala kewartawanan elektronik pula merujuk kepada usaha mengumpul bahan, menulis dan menyiarkannya dalam media elektronik sama ada TV atau radio.

Walaupun terdapat perbezaan dari segi tumpuan kandungan, peranan yang dimainkan oleh kedua-dua bentuk kewartawanan ini adalah penting. Keberkesanan penyiaran radio dan TV dalam menyampaikan maklumat dan berita kepada orang ramai dengan pantas dan terkini sudah tentu lebih berkesan dibandingkan dengan liputan yang dibuat akhbar yang biasanya disiarkan pada keesokan hari. Namun akhbar mampu pula melaporkan secara terperinci akan sesuatu peristiwa. Malah sebahagian besar kandungan akhbar adalah berita dan maklumat.

Dengan kata lain sasaran media elektronik adalah kepada selesa pendengaran dan tontonan, sementara media cetak adalah kepada pembacaan.

Tugas menghasilkan berita sama ada untuk media cetak atau elektronik adalah terletak pada wartawan. Wartawanlah yang bertanggungjawab terhadap setiap berita yang disiarkan oleh kedua-dua media ini.

Bagi media elektronik terutama TV, kejayaan atau keberkesanan peranan yang dimainkannya amat bergantung kepada mutu dan skop liputan siaran beritanya, manakala bagi media cetak pula tidak dapat dinafikan bahawa beritalah yang melambangkan kejayaan sesebuah akhbar atau majalah.

Untuk menghasilkan berita yang bernilai tinggi dan mendapat kredibiliti daripada masyarakat, seseorang wartawan itu perlulah mengikut etika kewartawanan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Etika amat penting dalam diri wartawan kerana ia boleh menentukan samaada wartawan tersebut jujur atau sebaliknya dalam penyebaran maklumat kepada orang ramai.

lagu kegemaran

lagu ini di ambil daripada nama saya, jangan jeles tau...........

Universiti Utara Malaysia
اونيۏرسيتي اوتارا مليسيا
Logo UUM.jpg

Moto:Ilmu Budi Bakti
Ditubuhkan
 pada
:
1984
Jenis:Awam
Canselor:Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Tuanku Al-Sultan Kedah
Naib canselor:Prof. Dato' Dr. Mohamed Mustafa Ishak
Lokasi:SintokKedah dan Kuala LumpurMalaysia
Kampus:Kampus utama di Sintok
Laman sesawang:http://www.uum.edu.my
 SEJARAH UUM
Hasrat untuk mewujudkan universiti keenam di Malaysia timbul berikutan bertambahnya permintaan terhadap pendidikan tinggi dan kurangnya tempat di lima universiti tempatan yang sedia ada. Pada bulan Ogos 1983, kerajaan mengarahkan Kementerian Pendidikansupaya menjalankan kajian kemungkinan dan menyediakan satu kertas kerja ke atas projek universiti keenam ini. Pada 19 Oktober1983, Kabinet menelitinya dan meluluskan penubuhannya.
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah dilantik sebagai Canselor. Naib Canselor UUM yang pertama ialah Prof. Tan Sri Dato' Awang Had Salleh.
Pejabat sementara Universiti Utara Malaysia ditempatkan di sebuah bangunan di bandar Jitra sehingga Kampus Darulaman disiapkan. Pembinaan kampus sementara berharga RM96 juta di kawasan seluas 25 hektar di Bandar Darulaman, Jitra bermula pada Januari 1984. Dalam tempoh enam bulan fasa pertama siap dan seramai 295 orang pelajar perintis memulakan pengajian pada 7 Julai 1984. Fasa II dan III pada tahun 1987. Konvokesyen pertama, kedua dan ketiga diadakan di Kampus Darulaman.
Pembinaan kampus tetap di Sintok pula bermula pada 8 Januari 1989. Kampus Sintok mula beroperasi pada 15 September 1990, dan perpindahan sepenuhnya ke Kampus Sintok berjaya dicapai pada 1 Januari 1991. Kampus Sintok yang berharga RM580 juta ini siap sepenuhnya pada 1993.Mulai Januari 2008, UUM mencipta sejarah membuat perubahan besar-besaran dari segi penstrukturan. Sebanyak 13 buah Fakulti digabungkan menjadi 3 buah kolej akademik. Kolek akademik ini terdiri daripada Kolej Perniagaan (College of Business- COB),Kolej Sastera dan Sains (College of Arts and Sciences- CAS)dan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (College of Law, Government and International Studies- COLGIS).
Para pelajar pula ditempatkan di 15 Dewan Penginapan Pelajar (DPP). 15 DPP ini mampu menempatkan hampir 20,000 orang mahasiswa. DPP ini dinamakan mengikut syarikat- syarikat, institusi dan organisasi terkenal di Malaysia yang turut sama menyumbang ke arah pembangunan universiti ini. Ia terdiri daripada MAS, TENAGA NASIONAL BERHAD, TRADEWINDS, PETRONAS, EON, MISC, SIME DARBY, BSN, TELEKOM MALAYSIA, PROTON, MAYBANK, YAYASAN AL-BUKHARY, BANK MUAMALAT, BANK RAKYAT dan SME BANK. Satu keunikan universiti ini adalah kebanyakan kemudahan yang terdapat di situ terbuka kepada orang ramai.
Selain daripada itu, UUM juga menyediakan kemudahan penginapan yang selesa untuk pelancong yang berkunjung ke sana iaitu di University Inn dan EDC Hotel. Menyedari hakikat kebajikan kakitangan yang berkhidmat dengan universiti, UUm telah menyediakan hampir 600 unit rumah berbagai jenis untuk keselesaan mereka.UUM juga menjadikan kampusnya sebagai sebuah kampus terbuka kepada orang ramai untuk mengunjunginya dan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat di dalamnya. Bagi menyokong hasrat ini, UUM turut menyediakan tempat-tempat penginapan di dalam kampus seperti Universiti Inn di samping DPP yang boleh disewa pada masa cuti semester. UUM juga menawarkan tempat penginapan bertaraf hotel iaitu EDC-UUM yang terletak berhampiran pintu masuk utamanya. UUM telah memajukan sebahagian kawasan hutan simpannya seluas 107 hektar sebagai salah satu tarikan pelancongan di wilayah utara dengan mewujudkan beberapa kemudahan seperti padang golf 9 lubang, litar go-kart antarabangsa, kawasan perkhemahan, lapang sasar menembak dan memanah, taman rusa, pusat ekuestrian dan sebagainya.
Penubuhan UUM adalah bagi memenuhi matlamat asas mengisi permintaan guna tenaga yang berkelayakan dan terlatih dalam bidang pengurusan.