contoh-contoh berita

Gara RM 200 Pemuda Nekad Bakar Rumah Pusaka
 ALOR SETAR 11 April – Seorang pemuda nekad membakar rumah pusaka peninggalan arwah ayahnya di Kampung Alor Madi apabila ibunya tidak memberi RM 200 seperti yang diminta. Kejadian ini berlaku kira-kira pukul 12.15 pagi dan memusnahkan hampir seluruh rumah.
            Abangnya Mohd Noor Mahmud,33,  memberitahu kejadian ini bermula pada petang kejadian  kira-kira pukul 6 petang apabila ibunya enggan memberi wang seperti yang diminta sehingga menimbulkan kemarahannya.
            “Kami mencurigai perangainya kerana dia pernah mengugut untuk membakar rumah kira-kira 2 bulan yang lalu dan kami tidak menyangka dia sanggup melakukannya,” katanya.
            Menurutnya lagi, adiknya itu membawa parang dan rundingan telah dibuat tetapi menemui jalan buntu. Beliau akhirnya membuat laporan polis kira-kira jam 9 malam.
             Sebelum kejadian, adiknya dikatakan naik keatas bumbung sambil membawa parang dan menyuruh mereka masuk kedalam.
            “Saya memecahkan pintu rumah dan terhidu bau gas menyebabkan saya keluar dari rumah sebelum adiknya nekad membakar rumah.
            “Kami hanya tinggal sehelai sepinggang dan nasib baiklah semua dokumen dapat diselamatkan kerana saya telah membawa keluarnya beberapa hari sebelu kejadian terjadi,” katanya.
            Adiknya dikatakan seorang yang pendiam dan suka memendamkan perasaan. Tambahnya lagi, beliau merasakan adiknya mengalami tekanan perasaan.
            “Sebelum ini dia pernah membakar semua pakaian kerjanya dan menimbulkan kerisauan keluarga sehingga menyebabkan kami menangguhkan majlis pertunangannya.
            “Tindakannya sangat melampau dan saya tidak menyangka dia sanggup membakar rumah ini yang akan menjadi hak miliknya juga kerana kami semua sudah mempunyai rumah masing-masing,” tambah Mohd Noor lagi.
            Pemuda itu belum ditemui lagi sejurus beliau melarikan diri semalam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian masih di dalam siasatan polis. 
           
           
           

0 comments:

Post a Comment