Universiti Utara Malaysia
اونيۏرسيتي اوتارا مليسيا
Logo UUM.jpg

Moto:Ilmu Budi Bakti
Ditubuhkan
 pada
:
1984
Jenis:Awam
Canselor:Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Tuanku Al-Sultan Kedah
Naib canselor:Prof. Dato' Dr. Mohamed Mustafa Ishak
Lokasi:SintokKedah dan Kuala LumpurMalaysia
Kampus:Kampus utama di Sintok
Laman sesawang:http://www.uum.edu.my
 SEJARAH UUM
Hasrat untuk mewujudkan universiti keenam di Malaysia timbul berikutan bertambahnya permintaan terhadap pendidikan tinggi dan kurangnya tempat di lima universiti tempatan yang sedia ada. Pada bulan Ogos 1983, kerajaan mengarahkan Kementerian Pendidikansupaya menjalankan kajian kemungkinan dan menyediakan satu kertas kerja ke atas projek universiti keenam ini. Pada 19 Oktober1983, Kabinet menelitinya dan meluluskan penubuhannya.
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah dilantik sebagai Canselor. Naib Canselor UUM yang pertama ialah Prof. Tan Sri Dato' Awang Had Salleh.
Pejabat sementara Universiti Utara Malaysia ditempatkan di sebuah bangunan di bandar Jitra sehingga Kampus Darulaman disiapkan. Pembinaan kampus sementara berharga RM96 juta di kawasan seluas 25 hektar di Bandar Darulaman, Jitra bermula pada Januari 1984. Dalam tempoh enam bulan fasa pertama siap dan seramai 295 orang pelajar perintis memulakan pengajian pada 7 Julai 1984. Fasa II dan III pada tahun 1987. Konvokesyen pertama, kedua dan ketiga diadakan di Kampus Darulaman.
Pembinaan kampus tetap di Sintok pula bermula pada 8 Januari 1989. Kampus Sintok mula beroperasi pada 15 September 1990, dan perpindahan sepenuhnya ke Kampus Sintok berjaya dicapai pada 1 Januari 1991. Kampus Sintok yang berharga RM580 juta ini siap sepenuhnya pada 1993.Mulai Januari 2008, UUM mencipta sejarah membuat perubahan besar-besaran dari segi penstrukturan. Sebanyak 13 buah Fakulti digabungkan menjadi 3 buah kolej akademik. Kolek akademik ini terdiri daripada Kolej Perniagaan (College of Business- COB),Kolej Sastera dan Sains (College of Arts and Sciences- CAS)dan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (College of Law, Government and International Studies- COLGIS).
Para pelajar pula ditempatkan di 15 Dewan Penginapan Pelajar (DPP). 15 DPP ini mampu menempatkan hampir 20,000 orang mahasiswa. DPP ini dinamakan mengikut syarikat- syarikat, institusi dan organisasi terkenal di Malaysia yang turut sama menyumbang ke arah pembangunan universiti ini. Ia terdiri daripada MAS, TENAGA NASIONAL BERHAD, TRADEWINDS, PETRONAS, EON, MISC, SIME DARBY, BSN, TELEKOM MALAYSIA, PROTON, MAYBANK, YAYASAN AL-BUKHARY, BANK MUAMALAT, BANK RAKYAT dan SME BANK. Satu keunikan universiti ini adalah kebanyakan kemudahan yang terdapat di situ terbuka kepada orang ramai.
Selain daripada itu, UUM juga menyediakan kemudahan penginapan yang selesa untuk pelancong yang berkunjung ke sana iaitu di University Inn dan EDC Hotel. Menyedari hakikat kebajikan kakitangan yang berkhidmat dengan universiti, UUm telah menyediakan hampir 600 unit rumah berbagai jenis untuk keselesaan mereka.UUM juga menjadikan kampusnya sebagai sebuah kampus terbuka kepada orang ramai untuk mengunjunginya dan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat di dalamnya. Bagi menyokong hasrat ini, UUM turut menyediakan tempat-tempat penginapan di dalam kampus seperti Universiti Inn di samping DPP yang boleh disewa pada masa cuti semester. UUM juga menawarkan tempat penginapan bertaraf hotel iaitu EDC-UUM yang terletak berhampiran pintu masuk utamanya. UUM telah memajukan sebahagian kawasan hutan simpannya seluas 107 hektar sebagai salah satu tarikan pelancongan di wilayah utara dengan mewujudkan beberapa kemudahan seperti padang golf 9 lubang, litar go-kart antarabangsa, kawasan perkhemahan, lapang sasar menembak dan memanah, taman rusa, pusat ekuestrian dan sebagainya.
Penubuhan UUM adalah bagi memenuhi matlamat asas mengisi permintaan guna tenaga yang berkelayakan dan terlatih dalam bidang pengurusan.

0 comments:

Post a Comment